Sunday, January 11, 2009

sedarlah umat Islam...

poor and innocent baby..
BOYCOTT ISRAEL!!!




bimillahirrahmanirrahim... In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful...

assalamualaikum semua...

setelah sudah hampir 15 hari Israel menyerang Gaza.. baru hari ini aku terpanggil untuk menulis dalam blog aku... selama ini.. aku hanya sekadar tahu.. membaca dari surat khabar.. melihat gambar.. geram.. sedih... tapi langsung x ada tindakan yang aku buat.... thanks to my dear fren, munirah hishamshah.. (moon byk sgt tulis pasal ni.. wat aku berkobar2..all d best moon...)

korang pn leh tgk kat http://forgaza.wordpress.com/ ni web die wat for Gaza...

so.. dari itu.. aku pn ingat.. kalo ade yang baca blog aku... at least.. aku harap ini salah satu cara yang boleh aku buat untuk bantu sebarkan pada orang lain...

Aku sebenarnya macam bercampur baur.. ape yang boleh aku buat nak bantu Gaza nie..
aku xde Kuasa.(yang boleh membuatkan Israel nie stop dari serang Gaza..). aku xde Harta yang banyak..( yang boleh derma untuk beli senapang ke.. bom ke.. and sekarang nie.. beli bekalan ubat dan makanan utk mangsa2 kat sana).. insyaAllah.. kalo nak derma tu adela... aku pn xde tenaga nak lawan tentera israel tu... (kalo la... aku nie.. kuat+ade kuasa.. dah lame aku bom2 negara Israel tu..) biar padan muka dorang...

Aku kecewa dengan rakyat Malaysia... Terasa sedih apabila masih ramai umat Islam yang mengamalkan sikap ''aku tidak pedulisma'' dalam isu-isu sensitif seperti serangan Israel terhadap Palestin. Kebanyakan kita hanya menjadi penonton sahaja..

Malah, ada di kalangan orang Islam di Malaysia sendiri meraikan malam tahun baru di pesta-pesta seks secara terang-terangan. Dimanakah perasaan malu mereka? Sudah hilangkah identiti Islam itu sendiri dalam diri mereka atau Islam itu bagi mereka hanya sekadar nama? Inilah hakikatnya, muslim ilusi yang sedang berhadapan dengan yahudi realiti.

Sedangkan orang bukan Islam sendiri sedia menghulurkan sokongan baik dr protes jalanan hingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri di bumi Palestin atas dasar kemanusiaan. Bagaimana dengan kita, orang Islam yang mengaku setiap muslim adalah bersaudara? Bukan hanya sekadar dasar kemanusiaan semata-mata, juga kerana ikatan persaudaraan itu sendiri!

Rasulullah saw bersabda: "Sesama muslim itu bersaudara. Oleh karena itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, niscaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi kejelakan seorang muslim Allah akan menutupi kejelekannya pada hari kiamat." (HR.Bukhari dan Muslim)

Kita harus sama2 berjuang sebenarnya.. Istilah berjuang nie.. luas sebenarnya..

nie.. petikan dari http://www.iluvislam.com/

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin.

Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

AYUHLAH SAHABAT2KU.. AYUHLAH SEMUA... KITA BUAT APA YANG KITA MAMPU..!!

NIATKANLAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH S.WT...
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!





2 comments:

Yatie Samsul said...

yanaaaa.. sy pon ade wat jugak palestine, gamba cam same.. hihi.. yana, sy tag awk, buat eh, ni link die.. http://yatiesamsul.wordpress.com/2009/01/18/three-ugliest-picture-of-you/

~ yanna ~ said...

yatie nie... mmg slalu je ade idea yg pelik2... huhu...