Sunday, October 25, 2009

Subuh Yang Terakhir

Subuh Yang Terakhir

Album : EpikMunsyid : Rabbanihttp://liriknasyid.com


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang

pada insan yang setia berkongsi susah dan senang

Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir

Tadi subuh yang terakhir


Bila berdekatan kadangnya makin kita leka

Bila bejauhan barulah merindu di dada

Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih

Andai esok takkan hadir


Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa

Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu

Namun di hati mampukah dilupakan

Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan


Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi

Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi

Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir


Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa

Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu

Namun di hati mampukah dilupakan

Rayulah kemaafanJangan sebelum nyawa dipulangkan


Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa

Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta

Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat

Sebelum semua terlewat


Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir

Tadi subuh yang terakhir


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


menghayati lagu ni.. boleh buat diri ini menangis..sedih.. banyak buat salah ng orang..berkasar.. cakap lepas.. xmintak maaf ng org.. x berterima kasih ke kt sape2 yg berbuat baik.. selalu ada niat nk cakap... tapi selalunya xterluah pn.. simpan je


just love this song.. sbb tau diri ni.. xpandai nk lahirkn emosi.. xtau nk luahkn macam mane.. sangat susah nk say 'sayang' tu kt org lain.. even to both of my parents... rase mcm janggal je.. walaupun ada rase jeles kat sape2 yg boleh easily ckp sayang tu.. tp nak buat cmne.. saya adalah saya.. mmg susah nk zahirkan perasaan..
but deep in my heart.. i LOVE them very much..
pengorbanan mereka memang xternilai dengan apape pn..


so kengkawan.. konklusinya.. xsalah utk meluahkan ape yg kite rase.. telefon parents/family tanya khabar walaupun se'busy' mane pn aritu.. manelah tau.. kot2 tadi adalah subuh yang terakhir kita.. saya tau saya xlayak nk cakap macam ni.. tapi niat hati sebenarnya nk ingatkan diri sendiri yang selalu juga leka dan ambil mudah dlm hal2 macam ni..
Semoga kita terus berusaha menjadi anak yg soleh n solehah..
Baiki hubungan dengan sesama manusia..


Wednesday, September 30, 2009

rindu kat mereka...









Salam..
Comel n sweet kan gambar2 ni?..
tengok balik gambar2 mase practicum utk 2nd time hari tu.. rasa rindu kat budak2 nie.. Walaupun mula2 macam risau kalau x dapat mengajar dengan baik.. risau budak2 ni x faham kalau mengajar.. dengan ke'busy'an semasa practicum aritu..
Tapi Alhamdulillah.. semuanya dh abis..
Last day aritu.. rasenya xdela nangis pn.. sedih sket je la.. tapi budak2 ni.. tau jela kn.. macam2 la aksi diorg ari last tu... salam berkali2.. tarik tangan.. peluk berkali2.. tutup pintu xnak bagi keluar.. tunggu kat tangga.. kereta... ckp sayang... ckp sruh jgn lupekn dorg.. siap nyanyi.. hadiah lg.. hurm.. macam2 la..
then.. bile sampai skang diorg keep messaging.. calling.. chatting... mmg sgt terharu.. xkesahla subuh ke.. smpai tengah mlam ke.. (ikut skeati dorg je.. so.. layankan jela...)
Tapi papepn.. budak2 ni.. mmg innocent.. mudah dibentuk.. nakal2 sket tu.. besela kn..(^-^)
Papepn.. deep in my heart... Aku doakan.. mereka semua berjaya di dunia n akhirat.. Amin~

... terima seadanya...


Salam...
Saya sangat suka dengan pic kat atas.. sebab untuk semua perkara yang berlaku saya mesti terima dengan hati terbuka.. (sbb2 tertentu yg personal kpd sy)
Bukan semua yang kita harapkan akan terjadi seperti kemahuan kita.. Semoga saya semakin matang... rakan2 saya semakin matang.. dalam apa jua perkara.. He know's the BEST for us..

Monday, September 14, 2009

ramadhan hampir ke penghujungnya...


Salam...


hi kengkawan.. ramadhan dh hampir ke penghujung..

sedih kn?


bile reflect balik diri ini... macam xde usaha je dari diri sendiri untuk benar2 menjadikan Bulan Ramadhan nie btol2 mendatangkan keinsafan... kalau ade pn sikit je... ( diterima ke? btol2 ikhlas ke?? semata-mata kerana-Nya ke??)


kalau setakat mengaji.. terawih.. sume org pn buat... adeish.. macam kecewa dengan diri sendiri..


Hayana... hayana... ko doa kat Allah macam2... tapi diri sendiri selalu 'berkira' dengan Allah.. penatla... dah cukup kot untuk hari ni... jap lagi la... nak siapkn assgment dlu la.. Padahal Allah langsung x pernah berkira dengan ko..


tahu takut kalau nie adalah ramadhan yg terakhir..takut mati..sebab amalam seciput.. tahu takut kalau kena azab kubur.. takut kena azab neraka...


tapi... ko still jugak macam tu...


sampai bila?? ask ur self...


***sedih+kecewa dengan diri sendiri***
YA ALLAH KAU TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG LURUS...

Monday, August 10, 2009

h1n1 : semoga terselamat dari bala ni..

salam...

kes h1n1 sekarang nie macam makin serius.. 1 per 1 sekolah di tutup..
termasuklah sekolah tempat aku tengah praktikal..

Actually sekolah ni sepatutnya dah ditutup minggu lepas.. ramai sangat students yg x datang.. sebab demam..more than 30% yg xdatang...

last week jugak.. sekolah wajibkan semua pakai mask gie sekolah..
kesian budak2 rimas time belajar..
ada yang mengadu cam sesak nafasla.. pening la.. berpeluh2 pakai mask.. tapi nak buat macam mana... terpaksa..

yang cikgu tengah mengajar nie.. seswai ke kalo pakai mask?

pape pn.. same2 kite doakan bala yg datang nie cepat2lah berakhir..

jangan lupa : amalkan doa tolak penyakit berjangkit tu.. insyaAllah. semoga kita terselamat dari bala ini.. Amin...

Wednesday, June 24, 2009

cuti..


berjumpa dengan teman-teman sekolah.. sahabat-sahabat yang disayangi memang sangat menggembirakan hati..
Alhamdulillah.. dengan izinNya dapat jugak aku jumpa teman2 yang sangat disayangi..
Terasa masa sangat pantas berlalu, menyebabkan masing-masing tak sedar dah beberapa tahun tak berjumpa..

Kepada insan2 ini..

Siti Kamilah Razlan :: Syaidatul Bariah Hamzah :: Siti Fatimah Ab Ghaffar

Thank you so much for our friendship.. U guys will always have special place in my heart..
Ukhwah fillah abadan abada

and lasty...



~cake 4 my lovely Abah.. Happy Father's Day!~

THANK YOU ABAH

Keistimewaan bulan Rejab

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.
Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Tuesday, May 12, 2009

..Science Fair..

Assalamualaikum semua...

Lame dah xpost.. malas sebenarnya.. keadaan yg busy menyebabkan diriku mengabaikan blog ni.. kadang-kadang rasa macam banyak sangat benda nak share.. tapi rasa macam tak tau nak tulis apa.. ada jugak..
What I have done lately??
1. Tadi? Keadaan yang agak kelam kabut.. Menghantar Asmat kat MC sebab ada hal yang tak dapat yang nak dielakkan.. Tapi macam terkilan dengan sikap pemandu bas tu.. Kalau nak mintak tolong tunggu kawan sebab dia Solat, takkan la nak berkira. Bukannya lama sangat.. Tahula nak punctual.. Tapi kan die nak solat.. Ishh.. aku memang xfaham perangai certain orang ni.. Padahal diri sendiri pun Islam.. Melayu..
**annoying btol dengan sikap orang macam ni.. SABAR jela..**
2. Okay yang relieved nya.. Exam dah habis semalam.. Tak tahulah apa yang ku jawab dalam exam.. Tawakkal jela..
3. Esok kena tolong untuk konvokesyen kakak2 KPLI.. Tahniah kat kakak2 nie.. Semoga menjadi guru yang benar2 mendidik anak2 bangsa..
4. Berjaya menghabiskan beberapa buah buku yang sedikit sebanyak memberi impak kepada diri ini. Membaca dan berfikir.
5. Mendownload lagu2 yang menenangkan jiwa ini.
~ last day: bergambar dengan pengarah, lecturers, abg zizie and semua unit science. yeay..kami happy! ~

"Kepenatan yg berbaloi.." Thanks kepada semua yang menjayakan Science Fair 2009 ni..especially kawan2 PISMP Science Jan 2007. Walaupun pada mulanya banyak halangan at last, we'd proved that we can do it. Rindu nak stay sampai petang.. busy uruskan.. pastu buat tak kesah kat coursework.. hehe.. Apapepn.. Semoga apa yang kita usahakan dapat manfaat kepada diri kita dan orang2 lain... Sayang korang... ~~(^-^)~~
" Exploring Science "

Tuesday, March 31, 2009

practical

practical for 1 month this sem..

ok je kot.. gi skolah..ngajar.. tp tensi gak kalo dak2 xpaham ape yg kite ajar..
nak praktikkan teori yg blaja..
bukannye senang...
lagi2 kalo barang nk ajar pn xde..
makmal xde.. LCD ade satu je..

budak2 xpaham B.I..kang aku pnye la b'speaking' ... bdak2 xpaham pn..
yg pentingnye nk ajar bg dorg phm content + gain knowledge..

tp camne ble lectr observe nti..dah tentu kne tolak markah kalo ajar dlm BM.. eish.. pening2..

pastu, kalo xleh nk kawal kelas pn satu kes..

nak wat DLP tiap2 ari..
reflection tiap2 ari..

tapi life akan jd miserable gle kalo nk kne anta asgmts..
pastu ade kelas ke petang2.. weekend akan ade kelas ganti plak.. mmg la penat!!

k la.. tu je.. nk tulis..
hhehe.. lesson plan pn xsiap lg!! huhu~~

k gud lak kwn2!!ade lg 3 minggu!

Saturday, March 7, 2009

terdelete!!

terdelete inbox..!
aku terdelete folder inbox kt hp aku..!
maybe bagi certain org xpe kot.. xde pape.. tapi..
bagik aku.. ade BANYAK MESSAGE kat dalam inbox tu yg aku SAYANG!
bukan boleh nk ade kn benda yg dh lepas..
nie.. 1st time aku terdelete inbox tu.. semenjak aku pakai hp tu.. bpe taun dh..
adeih..!
nape la yana nie.. careless sgt!
aku bukan nye otak computer yg bleh ingat sume msg yg org text kt aku.. tarikh2 penting.. date2 penting..email ke.. ic no ke.. mane aku ingt..
bagik aku.. msg2 tu sume penting.. msg sweet, msg besday ke, msg pesanan n nasihat utk aku, msg yg mengingatkan aku ttg sesuatu perkara..
let's say kalo aku ade geram kat org ke.. ble aku bace msg sweet2 yg die pnah bg.. so secara x langsung, ilang la geram aku..aku tau yg ade good side dr die..
pastu.. kalo ade msg2 yg Ezan pnah anta.. yg mmg aku btol2 nk simpan.. n also last msg dr die sblum die pergi keesokannya.. dh terdelelete.. sedihhh sgt2..
ntahla.. bagik aku.. benda2 cmni.. bukan nye bleh ulang exactly dgn ape yg pnah aku dpt.. something that cannot be compareable!


~~
** ps : yana! siapkan semua assignment cepat!!

Saturday, February 28, 2009

hehe..28.02.09

what should i say about this??
i was shocked! it's happened to ME..
it's my 1st.. my first time k.. i should listen to my dad advises!
hehe.. when i reflected it back.. 'tula.. td sronok sgt! enjoy..' kan dah kena... huhu~~
but Alhamdulillah..it didnt turn worse.. kalo x... huhu~ sengih jela...abis kne..
wanna know? i wont tell u! it is our top secret!! org terlibat je tau.. my geng! hehe~

my feeling for today, is kind of lazy+happy+enjoyed+satistfied+shocked+worried+embrassed+sleepy+n lastly lantak jela..! nk wat cmne..
anyone who knows bout this, no need to worry! i'm totally ok!! ^-^

*huhu.. jom doa! aktiviti esk jgn la penat sgt.. assgmt byk x siap lg....! T__T

before i end.. here i would like to share wif u, the pic of my husband to be! Waahh.. such a bright smile he has! hehe~~

Friday, February 27, 2009

hyunjoong menang!!

HYUN JOONG WINS MALE TV POPULARITY AWARD!!

yes! hyunjoong menang!!!


~hyun joong!~



huhu.. sangat seronok!! yess!! my lovely hyun joong menang!! n Yoona plak menang Female TV Popularity Award.. seronok nye8xxxx!! hyun joong menang!!


tapi mase kat award ni.. kesian coz.. Lee Minho (Gu Joon Pyo) tersandung mase bjalan kat red carpet.. kesian die! ='(


Triple SS501 pun ade wat performance.. sangat sweet!


BOYS OVER FLOWERS MEMANG BEST!!

Continue for your hardwork!! Lee Minho.. Hyun Joong.. Kim Bum.. Kim Joon.. and also the actress.. Goo Hye Sun


arggh!! they all look SO HANDSOME!! melting already~~heart for them!


nk tgk Hyun joong pnye speech?? nie link die!! (^-^) http://www.youtube.com/watch?v=8-JK2w_mkjE

Saturday, February 14, 2009

kursus kahwin??

cite die cm ni... ade anjuran kursus kahwin kat cni..
untuk student2 cam aku nie.. wat bulan mac nti.
n of course ade kawan2 aku yang daftar masuk kursus ni..

kursus kahwin?? isshh... cam seram je bunyi die.. huhu~~

sesuai ke?? hehe~

kalo ikutkan aku... knape kena pergi.. bukan nye nk kahwin lagi..kn?kn?

aku blum masuk pn 22tahun lagi... ( umur 22 ni.. tua ke muda lagik ek? ke patut dh matang??)
tapi nie salah satu dari ilmu.. lambat laun kena gie jugak...

well kite tgk jela nti.. aku gi ke x... huhu~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

suka gambar2 nie!! cantik! joongbo couple! (^-^) mood kawen ke nie?? apekahh??!












Tuesday, February 10, 2009

Fenomena Azan..

Luangkan masa anda untuk melihat video di bawah..


Speechless ??

Peringatan untuk diri anda juga diri saya sendiri bahawa Allah Maha Berkuasa..

Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya dan tidak termasuk dalam golongan yang rugi.... Amin..

Saturday, January 31, 2009

h A t I

Kata2 Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

** ni aku ambil dari tazkirah iluvislam.. TQ!
** Aku rasa, aku tau.. korang pn tahu gak.. tapi memang selalu jugak aku wat2 xtau... adeihh..

Saturday, January 24, 2009

m I $ e r @ b L 3 ..

Date : 25 Jan 2009

Title : Miserable... Andai itu takdirNya..


hehe.. aku amik tajuk novel... Andai itu takdirNya.... ( antara novel yg aku baru baca beberapa hari lepas...)

ni aku nak cite apa yg blaku kat aku arini...

SEPATUTNYA.... aku naik bas untuk balik kampung...

TAPI aku TERTINGGAL BAS!! so dengan rasminya aku masih kat umah sewa ni...!! warghh!! balik raya cina plak tu... seminggu cuti... rase nak nangis je.. dah la aku balik kampung lambat... nak kena balik melaka awal 3 hari plak tu.. sebab tibe2 lectr nk wat kursus cerap bintang+matahari... yang berkaitan dengan astronomi la.. sebab sem nie.. blaja benda alah ni..

aku pn cepat la tepon parents aku..suara control cool abis la..." Abah.. Ana tertinggal bas! Hurmm.. camne nie..?" Pas kne soal siasat sekejap.. Abah pn suggest.. " gie try tanya kat kaunter.. ada ticket bas petang nie x?"

Nak je keluar rumah.. aku terus tekan lock.. Then tutup pintu.. sambil ckp.. " Zie.. mane kunci?" Zie ckap.. "ade kat tepi pintu la.." Aku terkejut.. "Ha? Ingatkan u dah amik... I ingatkan u dh pegang kunci.." ALAMAK..
Nape ni jd cmni plak.. Adeish. Xkan nak dok lua kot... Pastu.. cepat2 tanya tuan rumah.. die ade kunci spare x.. Nasib baik.. ADA!! s e l a m a t...

then.. aku pn pergi la kat kaunter trans. Berdebar2.. orang ramai gile beratur nak beli ticket.. yela.. sume org nak balik... Bila sampai turn aku, aku pn cepat2 ckap... " Akak, saya tertinggal bas td.. ticket petang nie ade x?" Akak tu pandang aku then cakap.. "ticket SUME ABIS dik.. Kalo ade pn.. hari rabu ni je.."

"Hah? Aku wat muke x percaya.. hari RABU? Senyap2 aku kira dalam hati.. 'Ahad.. Isnin.. Selasa.. Rabu.. Ya Allah takkan la nak balik ari rabu.. x berbaloi langsung.. aku nak balik melaka ari Jumaat plak tu.. macam balik weekend la plak..'
Mata aku mula berair... Ala.. nak balik.. then.. akak tu sruh datang gak petang ni.. try tnye kalo driver bas nak tolong ke nti.. Hurm.. tawakal je la.. Kita tgk la petang nie mcm mane.. ( Ya ALLAH.. bantulah hamba Mu ini.. perkenankanlah doaku.. Amin2.. ya Rabbal Alamin..)

Aku try telefon pakcik aku yg blum balik.. ade kat Johor.. yang lain sume dah balik kampung.. " Pektam, ana nk tanye ni.. balik bila la? " Suara pektam yg mcm org demam tu pn jawab.. "Pektam pn xsure lagi.. balik bile.. MAYBE X BALIK... "
'oh.. tidak.. terlepas peluang aku nk tumpang balik..'
Knape susah sangat nk balik kali ni...

pastu.. aku jalan2 nak keluar dari Melaka Central tu.. then aku nampak skaf tudung yg mcm adik aku nak, price tag tulis.. RM3 - 1 , RM5 -2.. So, aku pn amik la.. 2 trus.. senang..Murah la gak.. pastu bila nak bayar.. akak tu cakap.. satu RM4, kalo 2 RM8.. "Eh?? tapi tulis lain?" Akak tu pn explain.. YANG TU.. LAIN DIK." " Oh.. ok.. kalo cmtu..saya amik 1 je la.."
Akak ni pn 1, letak la harga btol2.. Kan dah confuse aku ni..

Pastu.. aku pn gi la Pasar teman Zie beli ikan.Orang punya la ramai kat pasar tu.
Pastu.. Zie pn pilh ikan selar kuning.. 1/2 kilo.. Aku ingatkan rm5 je.. yela.. ade 4 ekor je ikan tu..
bila bayar.. RM 8! 'Btol ke ni..? MAHALNYE!' cakap dlm ati jela.. maksudnya sekilo RM16.. Aku pn xbrape pasti sangat harga ikan2 ni...Tapi bile Zie call mak die tanye harga ikan bape...Husihh.. sabar je la Zie.. kalo kena tipu.. hurm..

Pastu.. aku pn ckap Zie.. 'Jom balik jela.. tapi before balik.. Ingat nak keluar duit dulu kat Bukit Baru" yela, dekat ng umah.. kalo nak gie Tesco cam leceh plak.

Sampai kat ATM,aku cam x percaye je.. ATM plak HABIS DUIT!! " Bila aku cakap, Zie wat muka x percaya.. "Btol ke ni?" Yup! mmg btol pn.. H A B I S..

Memandangkan duit dalam purse aku mmg tinggal bape belas ringgit je..aku mmg kena keluarkan duit.. kalo driver bas nanti mintak bayar ntah bape ringgit nanti.. camne..? So, TERPAKSA keluarkan duit gak..

So, pergila ATM BSN kat Jalan Munsyi.. ALHAMDULILLAH.. Nasib baik ade..

Kitorang pn teruslah balik.. dengan perasaan berbelah bahagi..dan persoalan
K E N A P A E K??


** Bila aku fikir balik..Mungkin hari ini, PENGAJARAN + INGATAN buat aku.. Xsemua yang kita rancang boleh berjalan macam mane kita harapkan.. Sebab yang pasti.. ALLAH S.W.T tahu apa yang terbaik untuk aku..
Aku redha dengan segala yang telah ditentukan oleh Nya.. Tapi, aku sangat2 berharap.. agar aku boleh pulang ke kampung petang ni.. atau esok.. dengan S E L A M A T..

Okey kengkawan sekalian.. sebelum aku end..aku minta maaf kalo aku ada buat silap yang aku sedar ataupun x sedar.. Aku ada sakitkan hati korang ke.. AKU MINTAK MAAF.. Halalkan untuk segala perkara yang pernah aku buat/guna dengan korang...
Semoga korang sntiasa sihat dan diredhai Nya.. Amin..

Semoga berjumpa lagi!! bye.. Assalamualaikum w.b.t ..




~~~andai itu takdirNYa~~~

Monday, January 19, 2009

tag lagik...

tag dr Huda..

What is your name? Noor Hayana bt Abu Samah @ yana
How old are you? 21
What are the 3 electronics you can't live without? hanset,laptop and .. ntahla... kalo mp4 abis bateri.. aku leh wat relax je.. hehe..
Are you amazing? hurmm.. go ask my fren!
What is the brand of the phone you are using? Sony Ericsson
What color is your phone? Black!
Have you slept in school before? hehe.. ^-^
How long are you online in a day? dont know..depends
How would you describe yourself? always try my best in everything i do!
What's your favourite topic to talk about? depends on the situation and whom i talk to..
Which teacher do you like? All of them! Thanks cikgu!!
Who do you think is the most handsomest in your class? haha! classmates pompuan sume la...
Who are you currently aiming on? korean artist! haha...
Do you know a lot of your siblings' secret? yup.. yg adik laki je.. x bpe tau..
How do you rate your siblings? infinity...! hehe..
Are your siblings gorgeous? Definitely! (sshuusshh.. xleh puji lebih2..)
Do you judge people? tgk keadaan..
Do you run? kalo kene kejar..lari la... hehehe..
Are you lazy to tag people? kind of
Who was the last person you spoke on the phone? My sis!
What is 2 + 2? gi tanye bdak darjah 1 la..
Who is your idol? Prophet Muhammand SAW
Are you a monster? i'm human! sape lak nk jadik monster..
Do you play with Barbie dolls? kecik2 adela..ni dah besar.. xde maknanye!
What was the last movie you watched? lame xkua tgk movie.. the last one.. Madagascar!
What do you think of your English? carca merba =P
What do you think about your Bahasa Malaysia? rojak buah! =P
Who do you hate? REJIM ZIONIST!! ISRAEL!!
Do you love yourself? YES! me the only one!
Blurt out 5 random words. LIFE IS BEYOND YOUR EXPECTATION!


malas nak tag sesape!!

Sunday, January 18, 2009

TAGGED

tagged by: Najlaa n Naim

1)Do you think you're hot?
**huhu... mane ade! Tidak same skali....

2)Upload your favourite picture of you!

3)Why do you like that picture?
**nie gamba bulan 12 taun lepas... tapi aku sangat seronok dapat jumpa dengan ada+ery selepas 4 tahun x jumpa.. n akhirnya dapat jugak gie umah arwah ezan... ^-^

4)When was the last time you ate your pizza?
**Hurm.. end of November kot.. lupe la...

5)The last song you listened to?
**SS501 - Ur Man!! huhu... Currently.. Nice!

6)What are you doing right now besides this?
**Chatting... n cari bahan for EDU assgmt..

7)What name would you prefer besides yours?
**?? ntahla... xpikir pn lagi...

People i tag
1) Najlaa
2) Naim
3) Yatie
4) Huda
5) Moon

8)Who is number 1?
**She's my deskmates+housemates! Happy Go Lucky person!

9)Number 3 is having a relationship with?
**Syahmi die la... kn yatie kan?kan?

10)Say something about number 5?
**She's becoming a doctor.. very determined + slalu berkobar2.. cam ahli politik pn ade gak... such a nice person..

11)How about number 4?
**Penguin?? heehe..

12)Who is number 2?
**Budak nie... ada handphone baru.. lalala~~( ade kne mngena ke? ) hehehe

Sunday, January 11, 2009

sedarlah umat Islam...

poor and innocent baby..
BOYCOTT ISRAEL!!!




bimillahirrahmanirrahim... In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful...

assalamualaikum semua...

setelah sudah hampir 15 hari Israel menyerang Gaza.. baru hari ini aku terpanggil untuk menulis dalam blog aku... selama ini.. aku hanya sekadar tahu.. membaca dari surat khabar.. melihat gambar.. geram.. sedih... tapi langsung x ada tindakan yang aku buat.... thanks to my dear fren, munirah hishamshah.. (moon byk sgt tulis pasal ni.. wat aku berkobar2..all d best moon...)

korang pn leh tgk kat http://forgaza.wordpress.com/ ni web die wat for Gaza...

so.. dari itu.. aku pn ingat.. kalo ade yang baca blog aku... at least.. aku harap ini salah satu cara yang boleh aku buat untuk bantu sebarkan pada orang lain...

Aku sebenarnya macam bercampur baur.. ape yang boleh aku buat nak bantu Gaza nie..
aku xde Kuasa.(yang boleh membuatkan Israel nie stop dari serang Gaza..). aku xde Harta yang banyak..( yang boleh derma untuk beli senapang ke.. bom ke.. and sekarang nie.. beli bekalan ubat dan makanan utk mangsa2 kat sana).. insyaAllah.. kalo nak derma tu adela... aku pn xde tenaga nak lawan tentera israel tu... (kalo la... aku nie.. kuat+ade kuasa.. dah lame aku bom2 negara Israel tu..) biar padan muka dorang...

Aku kecewa dengan rakyat Malaysia... Terasa sedih apabila masih ramai umat Islam yang mengamalkan sikap ''aku tidak pedulisma'' dalam isu-isu sensitif seperti serangan Israel terhadap Palestin. Kebanyakan kita hanya menjadi penonton sahaja..

Malah, ada di kalangan orang Islam di Malaysia sendiri meraikan malam tahun baru di pesta-pesta seks secara terang-terangan. Dimanakah perasaan malu mereka? Sudah hilangkah identiti Islam itu sendiri dalam diri mereka atau Islam itu bagi mereka hanya sekadar nama? Inilah hakikatnya, muslim ilusi yang sedang berhadapan dengan yahudi realiti.

Sedangkan orang bukan Islam sendiri sedia menghulurkan sokongan baik dr protes jalanan hingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri di bumi Palestin atas dasar kemanusiaan. Bagaimana dengan kita, orang Islam yang mengaku setiap muslim adalah bersaudara? Bukan hanya sekadar dasar kemanusiaan semata-mata, juga kerana ikatan persaudaraan itu sendiri!

Rasulullah saw bersabda: "Sesama muslim itu bersaudara. Oleh karena itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, niscaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi kejelakan seorang muslim Allah akan menutupi kejelekannya pada hari kiamat." (HR.Bukhari dan Muslim)

Kita harus sama2 berjuang sebenarnya.. Istilah berjuang nie.. luas sebenarnya..

nie.. petikan dari http://www.iluvislam.com/

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.

6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin.

Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

AYUHLAH SAHABAT2KU.. AYUHLAH SEMUA... KITA BUAT APA YANG KITA MAMPU..!!

NIATKANLAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH S.WT...
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!