Al-Fatihah for Almarhumah Nurrizan bt Harun..
(6th of November 2008 = 6 Syawal 1429)
a sahabat,a sister
a special young woman,like no other
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagiMu ya Allah yang memberikan rahmah dan kasih sayang
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW,sahabat dan keluarga baginda
Ya Allah,
Hidupkanlah kami dengan imaan
Dan matikanlah kami dengan imaan
Gerakkanlah kami di padang mahsyar dengan imaan
Masukkanlah kami ke syurgaMu dengan imaan
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu kerana limpah rahmat kasih- sayangMu ya
Rahman,kerana takkan mampu kami menebus syurgaMu hanya dengan amalan kami ya Allah.
Ya Allah,
Tetapkanlah kami beserta imaan
Dan keluarkanlah kami dari dunia bersama imaan
Tundukkan penggoda kepada kami[dari golongan jin] kepada imaan
Ya Allah,
Hindarkan kami dari bala dunia dan azab akhirat
Hindarkan kami dari azab sakaratulmaut,azab kubur,azab mahsyar dan azab Jahannam,ya Rahim
Semoga Kau mengampuni dosa kami dan dosa mereka
Moga kami tidak termasuk ke dalam golongan mereka yang diazab
Mohon ya Allah agar kami menjadi golongan yang mengingati mati
Mohon ya Allah agar hati-hati kami tidak diikat oleh leka dunia
Mohon ya Allah,kami termasuk di dalam golongan yang sentiasa mengambil pengajaran dari setiap kejadian ajal yang tiba
Ya Allah,
Dengan limpah rahmatMu
Pelihara sahabat kami ya Allah yang telah Kau jemput menemuiMu
Lindungi dia dengan kasih sayangMu,ya Rahman
Ampuni kesalahannya ya Ghaffar
Terangi kuburnya dengan nurMu,ya Salaam
Lapangkan kuburnya dengan kasihMu,ya 'Aziz
Permudahkan urusannya ketika hisab di Mahsyar nanti,ya Halim
Mohon kami bertemu semula di syurgaMu dengan izinMu,ya Allah
Dengan rahmatMu ya Allah Tuhan kami yang Maha Pengasih.
Ameen.
***
walaupn izan dh tinggalkan aku dh lebih dari sebulan.. baru sekarang aku ade kekuatan utk tulis psal izan..
byk sgt yg kalau boleh.. aku nk share dgn semua.. nk tulis..
tp.. nak recall semua tu memang boleh buat aku menangis..
i miss her so much..
really.. i miss her badly..
aku dh kurang sorg kawan baik yg selalu message.. selalu call.. cerita itu ini...someone dat i can rely on.. someone who will comfort me when i'm down.. one of my best friends yg aku kenal since aku form 1(2000).. sampai la tarikh 5 Nov 2008.. last message yg izan anta kat aku.. last message ni jugakla yg aku x reply time aku tgh demam aritu..aku ingat aku boleh reply lain kali..tapi mane aku tau.. it was the last one.. from her to me.. (kalau la aku tau esoknya last day Izan...)
semua kenangan antara aku dgn die.. it's hard for me to describe.. memang aku sorang je yg tau.. aku sorg je yg rase... banyak sangat.. banyak perkara jugak la yg buatkan aku teringat kat die..
Ya Allah.. ko ampunilah dosa-dosa Izan Ya Rabbi.. sesungguhnya..aku memang sayangkan nya...sangat sayangkannya.. tapi aku tau.. Kau Maha Mengetahui segala-galanya...
.............
( aku nk letak gambar izan.. tp sbb gambar yg aku ade sume yg x cukup syarat.. so.. aku just letak one of d presents yg aku dpt..
