Sunday, October 25, 2009

Subuh Yang Terakhir

Subuh Yang Terakhir

Album : EpikMunsyid : Rabbanihttp://liriknasyid.com


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang

pada insan yang setia berkongsi susah dan senang

Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir

Tadi subuh yang terakhir


Bila berdekatan kadangnya makin kita leka

Bila bejauhan barulah merindu di dada

Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih

Andai esok takkan hadir


Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa

Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu

Namun di hati mampukah dilupakan

Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan


Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi

Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi

Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir


Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa

Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu

Namun di hati mampukah dilupakan

Rayulah kemaafanJangan sebelum nyawa dipulangkan


Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa

Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta

Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat

Sebelum semua terlewat


Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir

Tadi subuh yang terakhir


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


menghayati lagu ni.. boleh buat diri ini menangis..sedih.. banyak buat salah ng orang..berkasar.. cakap lepas.. xmintak maaf ng org.. x berterima kasih ke kt sape2 yg berbuat baik.. selalu ada niat nk cakap... tapi selalunya xterluah pn.. simpan je


just love this song.. sbb tau diri ni.. xpandai nk lahirkn emosi.. xtau nk luahkn macam mane.. sangat susah nk say 'sayang' tu kt org lain.. even to both of my parents... rase mcm janggal je.. walaupun ada rase jeles kat sape2 yg boleh easily ckp sayang tu.. tp nak buat cmne.. saya adalah saya.. mmg susah nk zahirkan perasaan..
but deep in my heart.. i LOVE them very much..
pengorbanan mereka memang xternilai dengan apape pn..


so kengkawan.. konklusinya.. xsalah utk meluahkan ape yg kite rase.. telefon parents/family tanya khabar walaupun se'busy' mane pn aritu.. manelah tau.. kot2 tadi adalah subuh yang terakhir kita.. saya tau saya xlayak nk cakap macam ni.. tapi niat hati sebenarnya nk ingatkan diri sendiri yang selalu juga leka dan ambil mudah dlm hal2 macam ni..
Semoga kita terus berusaha menjadi anak yg soleh n solehah..
Baiki hubungan dengan sesama manusia..


Wednesday, September 30, 2009

rindu kat mereka...









Salam..
Comel n sweet kan gambar2 ni?..
tengok balik gambar2 mase practicum utk 2nd time hari tu.. rasa rindu kat budak2 nie.. Walaupun mula2 macam risau kalau x dapat mengajar dengan baik.. risau budak2 ni x faham kalau mengajar.. dengan ke'busy'an semasa practicum aritu..
Tapi Alhamdulillah.. semuanya dh abis..
Last day aritu.. rasenya xdela nangis pn.. sedih sket je la.. tapi budak2 ni.. tau jela kn.. macam2 la aksi diorg ari last tu... salam berkali2.. tarik tangan.. peluk berkali2.. tutup pintu xnak bagi keluar.. tunggu kat tangga.. kereta... ckp sayang... ckp sruh jgn lupekn dorg.. siap nyanyi.. hadiah lg.. hurm.. macam2 la..
then.. bile sampai skang diorg keep messaging.. calling.. chatting... mmg sgt terharu.. xkesahla subuh ke.. smpai tengah mlam ke.. (ikut skeati dorg je.. so.. layankan jela...)
Tapi papepn.. budak2 ni.. mmg innocent.. mudah dibentuk.. nakal2 sket tu.. besela kn..(^-^)
Papepn.. deep in my heart... Aku doakan.. mereka semua berjaya di dunia n akhirat.. Amin~

... terima seadanya...


Salam...
Saya sangat suka dengan pic kat atas.. sebab untuk semua perkara yang berlaku saya mesti terima dengan hati terbuka.. (sbb2 tertentu yg personal kpd sy)
Bukan semua yang kita harapkan akan terjadi seperti kemahuan kita.. Semoga saya semakin matang... rakan2 saya semakin matang.. dalam apa jua perkara.. He know's the BEST for us..

Monday, September 14, 2009

ramadhan hampir ke penghujungnya...


Salam...


hi kengkawan.. ramadhan dh hampir ke penghujung..

sedih kn?


bile reflect balik diri ini... macam xde usaha je dari diri sendiri untuk benar2 menjadikan Bulan Ramadhan nie btol2 mendatangkan keinsafan... kalau ade pn sikit je... ( diterima ke? btol2 ikhlas ke?? semata-mata kerana-Nya ke??)


kalau setakat mengaji.. terawih.. sume org pn buat... adeish.. macam kecewa dengan diri sendiri..


Hayana... hayana... ko doa kat Allah macam2... tapi diri sendiri selalu 'berkira' dengan Allah.. penatla... dah cukup kot untuk hari ni... jap lagi la... nak siapkn assgment dlu la.. Padahal Allah langsung x pernah berkira dengan ko..


tahu takut kalau nie adalah ramadhan yg terakhir..takut mati..sebab amalam seciput.. tahu takut kalau kena azab kubur.. takut kena azab neraka...


tapi... ko still jugak macam tu...


sampai bila?? ask ur self...


***sedih+kecewa dengan diri sendiri***
YA ALLAH KAU TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG LURUS...

Monday, August 10, 2009

h1n1 : semoga terselamat dari bala ni..

salam...

kes h1n1 sekarang nie macam makin serius.. 1 per 1 sekolah di tutup..
termasuklah sekolah tempat aku tengah praktikal..

Actually sekolah ni sepatutnya dah ditutup minggu lepas.. ramai sangat students yg x datang.. sebab demam..more than 30% yg xdatang...

last week jugak.. sekolah wajibkan semua pakai mask gie sekolah..
kesian budak2 rimas time belajar..
ada yang mengadu cam sesak nafasla.. pening la.. berpeluh2 pakai mask.. tapi nak buat macam mana... terpaksa..

yang cikgu tengah mengajar nie.. seswai ke kalo pakai mask?

pape pn.. same2 kite doakan bala yg datang nie cepat2lah berakhir..

jangan lupa : amalkan doa tolak penyakit berjangkit tu.. insyaAllah. semoga kita terselamat dari bala ini.. Amin...

Wednesday, June 24, 2009

cuti..


berjumpa dengan teman-teman sekolah.. sahabat-sahabat yang disayangi memang sangat menggembirakan hati..
Alhamdulillah.. dengan izinNya dapat jugak aku jumpa teman2 yang sangat disayangi..
Terasa masa sangat pantas berlalu, menyebabkan masing-masing tak sedar dah beberapa tahun tak berjumpa..

Kepada insan2 ini..

Siti Kamilah Razlan :: Syaidatul Bariah Hamzah :: Siti Fatimah Ab Ghaffar

Thank you so much for our friendship.. U guys will always have special place in my heart..
Ukhwah fillah abadan abada

and lasty...



~cake 4 my lovely Abah.. Happy Father's Day!~

THANK YOU ABAH

Keistimewaan bulan Rejab

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.
Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?
Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.